Kajian Tempat Letak Kenderaan Pelajar di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Authors

  • Nurhuda binti Ismail Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
  • Asiah binti Ariffin Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
  • Muhammad Nafis Syahmi bin Mohd Yusoff Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

DOI:

https://doi.org/10.37338/elti.v4i1.219

Keywords:

tempat letak kenderaan; parkir; pelajar

Abstract

Tempat letak kenderaan (TLK) adalah satu keperluan kepada para pelajar, pensyarah dan juga staf sokongan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti tahap kepuasan pelajar di PTSB terhadap fasiliti dan keselamatan TLK yang disediakan untuk pelajar. Melalui soal selidik yang dijalankan, masalah tempat parkir pelajar di PTSB dapat dikenalpasti. DI samping itu juga, tahap keselamatan kawasan parkir juga dapat dikaji melalui soal selidik yang dijalankan. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan secara fizikal, didapati terdapat banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar iaitu kenderaan yang tidak berada dalam petak dengan betul dan kes kehilangan barang peribadi pelajar. Pemerhatian yang dibuat juga mendapati banyak kenderaan yang diletakkan dalam keadaan yang salah sehingga menyebabkan gangguan kepada pemandu lain. Kajian ini juga dijalankan untuk mencadangkan rekabentuk baharu yang lebih sistematik untuk menambahkan keselesaan pelajar PTSB. Seramai 91% daripada responden bersetuju supaya kemudahan loker barang untuk pelajar disediakan di kawasan parkir. Berdasarkan nilai puratan skor mean yang dibuat dalam analisis kajian ini menunjukaan perkaitan yang sederhana iaitu 2.63 sahaja. Ini menunjukkan ramai pelajar tidak berpuas hati dengan tahap fasiliti dan keselamatan di TLK pelajar. Rekabentuk ruang parkir yang baharu juga telah dicadangkan bagi memperbaiki rekabentuk parkir yang sedia ada.

References

Arahan Teknik (Jalan) 8/86 (Pindaan 2015), A Guide on Geomectric Design of Roads, Jabatan Kerja Raya.

Ciavolino, E. & Dahlgaard, J. J. (2007). “Customer satisfaction modeling and analysis: A case study”. Journal of Total Quality Management, 18(5), 545-554.

Gail M. Sullivan, Anthony R. & Artino, Jr. (2013). Analyzing and Interpreting Data from Likert-Type Scale. J Grad Med Educ, 5(4), 541-542

Hokanson, S. (1995). “The deeper you analyses, the more you satisfy the customer”, Marketing news January 2 nd, (pp16) as cited in singh, H 2006, “The importance of customer satisfaction in relation to customer loyalty and retention”, UCTI.WP-06-06, May 2006, Kuala Lumpur, Malaysia.

Institute of Transportation Engineers (ITE) (2010). Parking Generation, 4th Edition. Washington DC,USA.

Jabatan Kerja Raya. (2015). Arahan Teknik (Jalan) 8/86 (Pindaan 2015), A Guide on Geometric Design of Road. Kuala Lumpur. Jabatan Kerja Raya

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, (2018). Garis Panduan Perancangan Tempat Letak Kenderaan. Kuala Lumpur. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.

Lim Wei Wei (2010). Penyediaan dan Pengurusan Tempat Letak Kereta di Bandar Melaka. UTM

Mathew, T.V. (2014). Parking Studies. In Transportation Systems Engineering, pp: 1-11.

Riduwan. 2010. Skala Pengukuran Variabel-Variabel Penelitian. Bandung: Alfabeta.

Vasantha Raju, Narayanaswamy & N.S., Harinarayana. (2016). Online survey tools: A case study of Google Forms. Researchgate Gmbh.

Downloads

Published

2022-12-31