Penilaian Terhadap Penggunaan Aplikasi Ex-Net bagi Kursus DFC20143 - Introduction to Network dalam Kalangan Pelajar Politeknik Mersing
DOI:
https://doi.org/10.37338/elti.v4i1.221Keywords:
teknologi AR; Ex-Net; multimedia; pengajaran; pembelajaranAbstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti penilaian pelajar terhadap penggunaan aplikasi digital Explore The Network (Ex-Net) dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus DFC20143 - Introduction To Network di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Mersing. Ex-Net mengaplikasikan teknologi Augmented Reality (AR) seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dengan terapan elemen multimedia yang terbukti mempengaruhi keberkesanan proses pembelajaran pelajar. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Responden terdiri daripada 60 orang pelajar yang mengambil kursus tersebut bagi menjawab objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan pelajar mempunyai penilaian yang positif terhadap pengunaan aplikasi Ex-Net dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan purata skor min adalah 4.70 bagi aspek kebolehfungsian dan kualiti antaramuka Ex-Net. Manakala bagi aspek kepuasan dan penggunaan pada masa hadapan memperolehi skor min 4.81. Kaedah ini jelas mampu meningkatkan minat dan fokus, selain memudahkan pemahaman konsep asas rangkaian serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih aktif yang menerapkan elemen kolaboratif semasa proses PdP dilaksanakan. Secara keseluruhannya, penggunaan teknologi ICT dengan terapan elemen multimedia dan aplikasi teknologi AR dalam PdP dapat meningkatkan kemahiran pembelajaran pelajar dengan gaya pembelajaran baru yang lebih fleksibel dan sekaligus mempengaruhi prestasi pelajar dalam kursus tersebut.
References
Amran, M., & Yahya, M. Z. (2020). Faktor dan persepsi yang mempegaruhi penggunaan teknologi dalam pendidikan dikalangan pensyarah kolej komuniti. International Journal of Technology Management and Information System, 2(1).
Bond, Trevor G, & Fox, Christine M. (2007). Applying the Rasch Model: Fundamental Measurement in the Human Sciences
Amran, M., & Yahya, M. Z. (2020). Faktor dan persepsi yang mempegaruhi penggunaan teknologi dalam pendidikan dikalangan pensyarah kolej komuniti. International Journal of Technology Management and Information System, 2(1).
Daud, R., Abd Raman, N. A., & Abd Jalil, Z. (2020). Penggunaan Augmented Reality Video di Dalam Pendidikan TVET. International Journal of Education and Pedagogy, 2(1).
Hanifah Mahat, Satryani Arshad, Yazid Saleh, Kadaruddin Aiyub, Mohmadisa Hashim, & Nasir Nayan. (2020). Penggunaan dan penerimaan bahan bantu mengajar multimedia terhadap keberkesanan pembelajaran Geografi (The use and acceptance of multimedia teaching aids on the effectiveness of Geography learning). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 16(3).
Fazillah Mohamed Ismail dan Tengku Nurhudah T. M. Khalib. (2020). Penggunaan ICT dalam Pembelajaran InteraksiLisan. Muallim Journal of Social Science andHumanities (MJSSH), Vol. 4(2),137-149
Krejcie R. V. & Morgan D.W. (1970). Determining Sample Size for Research. Educational and
Psychological Measurement. No. 30, pp. 607-610.
Komang Candra Brata , Adam Hendra Brata dan Yudha Akbar Pramana (2018).
Pengembangan Aplikasi Mobile Augmented Reality Untuk Mendukung Pengenalan Koleksi Museum Jurnal Teknologi Informasi dan Ilmu Komputer (JTIIK) Vol. 5, No. 3, Agustus 2018, hlm. 347-352 p-ISSN: 2355-7699
Mohamed Ali Haniffa, Mohan Rathakrishnan, Salmah Omar, Nor Hanani Ismail1 (2019).
Problem Based Learning dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Kenegaraan Malaysia di Universiti Utara Malaysia. International Journal of Education, Psychology and Counselling, 4 (32), 351-366
Noorazman Abd Samad, Nizamuddin Razali, Wan Mohd Rashid Wan Ahmad, Fatimah Jaafar, Affero Ismail, Erfy Ismail & Hairuddin Harun. (2018). Penggunaan instruksional teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) terhadap mata pelajaran teras. Online Journal for TVET Practitioners. Vol.3, No.2, 1-11
Nuradilah Abdul Wahab, Mohd Sani Ismail, Nor Asmawati Ismail & Norliana Abd Majid. (2020). The Relationship Between Student's Understanding of IR 4.0 with The Use of ICT in Learning. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 21(1), 193-204
Nur Fatin Shamimi Che Ibrahim, Nur Farahkhanna Mohd Rusli, Mohd Ra’in Shaari, Kesavan Nallaluthan (2021).Persepsi Pelajar terhadap Aplikasi Multimedia Interaktif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 Online Journal for tvet practitioners Vol.6 no.1(2021)15-24
Sharul Azim Sharudin, Normah Mustaffa & Shahrul Nazmi Sanusi. (2020). Peranan Infografik dalam Meningkatkan Kesedaran Kesihatan Belia daripada Perspektif Pereka Grafik. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, Jil.36(1), 356-368